Copyright © 2025 PakejUmrah.com. All Right Reserved.
AL HIJJRAH VACATION SDN. BHD. merupakan syarikat pelancongan milik penuh bumiputra yang beroperasi di Semenanjung Malaysia. Syarikat ini telah ditubuhkan pada Jun 2012 dan telah mula beroperasi pada 25 Jun 2012. Kami menawarkan Pakej Percutian Muslim dalam dan luar negara.
Kami juga terlibat dalam memberikan servis menguruskan tiket penerbangan, pakej pelancongan seperti hari keluarga, lawatan penyelidikan pelajar, perjalanan syarikat, pakej bulan madu, permohonan visa dan lain-lain perkhidmatan.
Kami turut menawarkan pakej pelancongan dalam dan luar negara tetapi kami lebih fokuskan pakej ke luar negara oleh kerana permintaan yang banyak untuk melancong ke luar negara seperti Eropah, Balkan, Australia, Korea, Beijing Turkey, Vietnam, Indonesia dan banyak lagi.
Moto syarikat kami adalah “Peneraju Pakej Termurah” memberikan pelanggan kami pakej yang berpatutan untuk setiap pakej yang ditawarkan. Disini kami percaya bahawa semua orang boleh melancong tanpa mengira asal usul mereka. Kepuasan pelanggan adalah objektif utama kami kerana ia akan menentukan kejatuhan atau kebangkitan syarikat.
Kami menawarkan pakej pelancongan dan perkhidmatan agensi pelancongan dengan kualiti yang terbaik/ dan kami mementingkan kepada hubungan ukhwah Islamiah sesama saudara Islam dan tanggungjawab terhadap agama.
Syarikat ini diterajui oleh beberapa kakitangan yang sentiasa cuba memberikan yang terbaik buat para pelanggan. Disini kami memastikan setiap perjalanan anda untuk melancong adalah selesa, selamat dan yang paling penting, menjimatkan!
Hubungi kami segera untuk Pakej Umrah Al Hijjrah Vacation! Kami cuba realisasikannya untuk kepuasan anda!